KUALA LUMPUR: Bekas Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kader Jilani menuntut ganti rugi RM5 juta daripada Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Che’gubard atas dakwaan memfitnah berhubung penyebaran sebuah video.
Video terbabit didakwa disiarkan Che’gubard menerusi Facebook kononnya Abdul Wahab sedang berbual lucah dengan seorang individu yang mirip bekas Ketua Pengarah J-KOM, Mohammad Agus Yusoff.
Writ saman fitnah terhadap Chegubard difailkan pada 22 Disember 2023 di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Faizal Rahman & Co.
Abdul Wahab yang juga Naib Ketua Angkatan Muda PKR Cabang Hulu Langat berkata, bayaran ganti rugi oleh Che'gubard kepada beliau masing-masing selaku defendan dan plaintif adalah antara relif dimohon.
Beliau juga memohon Che'gubard membuat permohonan maaf dalam 14 hari dari tarikh penghakiman dan diterbitkan beberapa akhbar, Facebook serta Telegram defendan selama 30 hari berturut-turut.
"Relif lain bahawa hantaran Facebook pertama dan kedua adalah fitnah terhadap plaintif, selain video dimuat naik dalam Telegram defendan juga adalah fitnah.
"Defendan menceroboh privasi plaintif dengan menyebarkan video itu dan perlu memadam penyataan fitnah daripada semua laman serta platform media sosial," katanya dalam penyataan tuntutan tersebut.
Tambah Abdul Wahab, permohonan supaya defendan atau melalui pengkhidmat dan ejen dihalang, ditahan dan ditegah daripada mengeluarkan secara langsung atau tidak langsung penyataan fitnah.
Ujarnya, defendan perlu melupuskan semua video berkaitan plaintif yang berada dalam simpanan, manakala faedah atas jumlah ganti rugi pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian penuh oleh defendan.
Abdul Wahab berkata, penyataan fitnah oleh Che'gubard adalah mengaibkan, menjatuhkan maruah dan imejnya sebagai seorang Muslim, penjawat awam serta ahli politik.
Selain itu, ia didakwa mengakibatkan cemuhan oleh masyarakat hingga plaintif mengalami depresi dan tekanan perasaan.
"Penyataan fitnah berkenaan adalah dusta, palsu dan tidak benar yang dibuat dengan niat jahat untuk mencemarkan imej, menjatuhkan martabat dan nama baik plaintif selain menimbulkan persepsi negatif oleh masyarakat umum ke atas plaintif dan menjejaskan kredibilitinya pada pandangan masyarakat umum serta majikan.
"Plaintif hilang punca pendapatan selepas hantaran fitnah disebarkan oleh defendan," katanya.
Pada November tahun lalu, Che’gubard telah mencabar Abdul Wahab supaya mendedahkan identiti 'Mr H'.
Sebelum ini, rakaman video berdurasi tiga minit yang tular yang mengaitkan Abdul Wahab dan Mohammad Agus sejak 17 November lalu menjadi topik hangat di media sosial.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan susulan itu telah mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung video tular itu.
Dalam satu sidang media khas, Mohammad Agus mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu serta disunting pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Wahab turut mendakwa dirinya dijadikan kambing hitam untuk menjatuhkan Mohammad Agus oleh individu bernama Mr H.
Abdul Wahab kemudian menghantar surat tuntutan saman kepada Badrul Hisham serta Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan J-KOM, Hakim Ramlee, berhubung penularan video terbabit. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 22 2024
Abdul Wahab berkata, penyataan fitnah oleh Che'gubard adalah mengaibkan, menjatuhkan maruah dan imejnya sebagai seorang Muslim, penjawat awam serta ahli politik - Gambar/ Sinar Harian
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
[TERKINI] Singapura sedang alami gelombang baharu - Kementerian Kesihatan
Panndemik tersebut di bahagian permulaan gelombang, di mana ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.
Abdul Wahab saman Che'gubard, tuntut RM5 juta
Abdul Wahab menuntut ganti rugi RM5 juta daripada Chegubard atas dakwaan memfitnah berhubung penyebaran sebuah video.